SEREMBAN – Pusat Sukan UPM telah mengadakan Program Sekolahku Universitiku di Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Maamor, Seremban, Negeri Sembilan pada 18 Februari 2020. Program ini selari dengan
seruan Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memberi bantuan kepada sekolah terpilih mengikut kemampuan dan kepakaran yang ada di Pusat Sukan UPM melalui Program
Pembangunan Sukan yang berkonsepkan “knowledge of transfer”.
Program ini telah disertai seramai 75 orang murid dan 5 orang guru pengiring. Seramai 10 orang pegawai dan atlet daripada UPM telah menjadi instruktor dalam merealiasikan program tersebut.
Program ini bertujuan untuk memperkembangkan pertumbuhan intelek, rohani, jasmani dan emosi agar dapat membantu murid menjadi insan yang berdisplin, berdikari dan bernilai murni tinggi.
Majlis perasmian program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Klana Maamor.
Tarikh Input: 18/06/2020 | Kemaskini: 18/06/2020 | amin_mustafha
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
No. Pejabat Fasiliti Sukan:
03-9769 1283