Gambang, Pahang- Kontinjen UPM telah dinobatkan sebagai Naib Johan Keseluruhan pada temasya Kejohanan Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2019 yang telah diadakan di Universiti Malaysia Pahang pada 22 Julai hingga 3 Ogos 2019.
Kontinjen UPM telah mencatat 44 emas, 38 perak dan 27 pingat gangsa untuk kedudukan tempat kedua daripada 20 pasukan universiti yang bertanding. Acara Olahraga masih lagi dikuasai oleh pasukan UPM dengan pungutan 19 emas, 16 perak dan 7 pingat gangsa. Selain itu, kontinjen UPM juga merangkul juara berganda dalam acara Bola Tampar Lelaki & Wanita serta Ragbi 15’s sepasukan dan Ragbi 10’s wanita.
Menurut Ketua Pusat Sukan UPM, Dr. Hanafiah Ayub, pencapaian yang dicapai oleh kontinjen UPM boleh dibanggakan walaupun tidak menjadi juara keseluruhan pada edisi tahun ini. Berdasarkan pungutan pingat yang diperolehi, pasukan UPM masih lagi menjadi pasukan yang mampu memberi saingan utama kepada universiti-universiti untuk saingan sukan akan datang. Menurut beliau juga, penyertaan atlet UPM dalam kejohanan MASUM 2019 ini juga menjadi medan pemilihan atlet bagi kontinjen UPM untuk terus menyediakan atlet yang berkualiti menjelang saingan sukan utama universiti pada tahun 2020 terutamanya dalam kejohanan SUKIPT yang akan diadakan pada Ogos 2020 di UPSi.
Tarikh Input: 05/08/2019 | Kemaskini: 11/09/2019 | amin_mustafha
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
No. Pejabat Fasiliti Sukan:
03-9769 1283