UPM Serdang, 12 Jan 2019 – Perenang negara, Welson Sim muncul atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) paling cemerlang apabila membawa pulang RM4,300 sebagai insentif susulan kejayaannya dalam Sukan Universiti ASEAN (AUG) tahun lalu. Atlet berusia 22 tahun itu meniti kecemerlangan dalam AUG di Myanmar, Disember lalu dengan meraih lima emas, satu perak dan satu gangsa. Tempat kedua dan ketiga masing-masing diduduki atlet memanah iaitu Nur Aliya Ghapar dengan tiga emas dan habuan bernilai RM2,100, diikuti Shaifuddin Kamro dua emas serta satu gangsa (RM1,700).
Tarikh Input: 14/01/2019 | Kemaskini: 14/01/2019 | amin_mustafha
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
No. Pejabat Fasiliti Sukan:
03-9769 1283