Skuad UPM Serdang Angels membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila mempertahankan kejuaraan Kejohanan Ragbi Super 8 IPT 2018 untuk tahun kelima berturut-turut selepas membenam UiTM Lions 30-12 di Stadium UPM pada 23 September 2018 (Ahad).
Serdang Angels bermula garang apabila mendahului UiTM Lions 22-5 sebelum separuh masa menerusi empat try dan satu conversion yang dilakukan oleh Mohd Nurazman Ramli, Wan Izzudin Ismail, Mohd Faizal Md Tahir dan Faat Hor Rozi Ismail dan pada babak kedua Serdang Angels terus menggandakan asakan untuk menambah lapan lagi mata menerusi satu try (Mohamad Syarif Saiful Aazwan Sudin) dan satu penalti (Mohd Faizal) manakala UiTM Lions pula memperoleh tujuh lagi mata menerusi satu try dan satu conversion sekali gus membolehkan Serdang Angels mencatat kemenangan 30-12.
Kemenangan itu membolehkan Serdang Angels membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan manakala UiTM Lions berpuas hati dengan RM3,000.
Tarikh Input: 25/09/2018 | Kemaskini: 03/10/2018 | norazmi
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
No. Pejabat Fasiliti Sukan:
03-9769 1283