Oleh : Faris Irfan
Foto : Azad Khan
Memegang status atlet lompat kijang Negara serta pernah memenangi pingat emas dalam temasya Sukan Sea, ternyata memberi kelebihan buat Hakimi Ismail untuk menjuarai acara lompat kijang di SUKIPT 2016.
Bukan sekadar meraih emas, atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) ini turut memecahkan rekod SUKIPT yang diciptanya sendiri pada SUKIPT edisi lalu dengan lompatan sejauh 15.80m berbanding rekod lama 15.67m.
SUKIPT kali ini juga merupakan platform buat Hakimi untuk menguji kemampuannya sebagai persiapan ke kelayakan sukan Olimpik di Qatar bulan hadapan.
Untuk rekod, Hakimi pernah memecah rekod acara lompat kijang di temasya Sukan Sea Singapura dengan catatan 16.76m.
Date of Input: | Updated: | amir_peli
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Sports Facility Section:
03-9769 1283