Putrajaya, UPM Pilihan Lokasi Stadium Ragbi Kekal | SPORTS CENTRE
» NEWS » Putrajaya, UPM pilihan lokasi stadium ragbi kekal

Putrajaya, UPM pilihan lokasi stadium ragbi kekal

KUALA LUMPUR: Putrajaya dan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dikenal pasti antara lokasi pembinaan sebuah stadium ragbi kekal bagi memastikan pemain negara mempunyai tempat latihan yang khusus sebelum menghadapi sesuatu kejohanan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kementeriannya dan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) sedang mengadakan perbincangan lanjut mengenai kesesuaian tapak bagi tujuan itu.

"Setelah kita buat pertimbangan dan rundingan dengan tuan punya tanah sama ada di UPM atau Perbadanan Putrajaya, maka bolehlah kita umumkan keputusan berkenaan iaitu dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya ketika diminta mengulas perkara itu selepas majlis pengumuman Larian Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, di sini hari ini.

 

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata KBS bercadang membina sebuah stadium ragbi kekal bagi menghargai kejayaan Malaysia menjuarai Divisyen Satu Kejohanan Ragbi Asia di Bukit Kiara, tahun lepas.

Skuad negara ketika ini menjalani latihan sama ada di Padang UPM dan Padang Kelab Cobra di Petaling Jaya.

Dalam perkembangan sama, Khairy memaklumkan pihaknya sedang mengadakan rundingan agar Akademi Ragbi Antarabangsa New Zealand (IRANZ) membuka cawangan di Malaysia selain mewujudkan kerjasama antara juara dunia, All Blacks dari New Zealand dan KRM.

"Banyak perkara yang kita sedang usahakan selain daripada isu stadium dan kita akan terus usahakan bersama KRM supaya segala perancangan yang saya kemukakan ini akan menjadi kenyataan terutamanya kerjasama dengan IRANZ," jelas Khairy.

Updated:: 14/06/2017 [amin_mustafha]

MEDIA SHARING

SPORTS CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Helpdesk:03-89471351
0389464280
C1511588107