Sepaktakraw Draw History In German | SPORTS CENTRE
» NEWS » Sepaktakraw Draw History in German

Sepaktakraw Draw History in German


PUSAT SUKAN UPM SERTAI PROGRAM MOBILITI DI HAMBURG, JERMAN

P
usat Sukan UPM telah menyertai program mobiliti di Hamburg, Jerman pada 29 Mei 2015 sehingga 7 Jun 2015. Program yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Jerman dan Konsulat Malaysia ini berlangsung selama 9 hari dengan pelbagai program telah diaturkan. Delegasi UPM disertai seramai 5 orang peserta yang diketuai oleh Dr. Hanafiah bin Ayub, Ketua Pusat Sukan dan  En. Mohamad Razizi bin Midin, Pegawai Belia dan Sukan Pusat Sukan UPM. Manakala 3 orang lagi adalah pelajar dari Jabatan Pengajian Sukan, Fakulti Pendidikan yang merupakan atlet Sepak Takraw UPM.

Diantara program yang telah diatur adalah program komuniti bersama masyarakat Jerman melalui penganjuran klinik Sepak Takraw yang melibatkan seramai 300 orang pelajar di 3 buah sekolah. Delegasi UPM juga mengadakan sesi asas kejurulatihan bersama pasukan kebangsaan Jerman selama 2 hari. Melalui program mobiliti ini juga, satu lawatan dan diskusi pengantarabangsaan pelajar telah dilaksanakan bersama Prof. Dr. Jan Van Der Putten dari Fakulti Kemanusiaan, Universiti Hamburg. Antara topik perbincangan adalah berkenaan pertukaran pelajar dalam pelbagai program seperti sukan, budaya, bahasa dan akademik. Selain itu delegasi UPM turut mengadakan lawatan ke Konsulat Malaysia dan pejabat Datuk Bandar Elmshorn, Hamburg.

Aktiviti program mobiliti ini yang terakhir adalah penyertaan pasukan sepak takraw UPM dalam Kejohanan Sepak Takraw Antarabangsa Piala Dragon yang dianjurkan oleh Persatuan Sepak Takraw Jerman. Kejohanan ini disertai oleh 24 pasukan  yang terdiri daripada pasukan kebangsaan dan kelab sepak takraw dari benua eropah seperti Jerman, Perancis, Switzerland, Belgium dan Austria. Pasukan UPM telah telah berjaya menjuarai kejohanan dengan memenangi kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu acara regu dan double dengan menewaskan pasukan kebangsaan Jerman pada perlawanan akhir.

 

 


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

SPORTS CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXEZMAq~