UPM Angels Defend The Champion | SPORTS CENTRE
» NEWS » UPM Angels Defend the Champion

UPM Angels Defend the Champion

OLEH : SAUFI AIZAD SAHRIL FADZLY & NUR MARIANA BAHARIN

SKUDAI - Universiti Putra Malaysia (UPM) mempertahankan pingat emas rugbi kategori cup temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) setelah menewaskan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan mata terkumpul 48-5.

Perlawanan akhir yang berlangsung di padang Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyaksikan UniKL memberi saingan hebat pada awal permainan namun UPM bangkit dengan try pertama daripada ketua pasukan, Muhammad Siddiq Amir Jalil pada minit ke-3 permainan.

UPM sekali lagi bangkit dengan try kedua menerusi Mohammad Nazreen Fitri Nasrudin yang juga pemain kebangsaan dua minit kemudian dan melengkapi conversion dengan mata terkumpul 12-0.

Try tunggal daripada UniKL melalui Muhammad Imran Abdul ‘Aziz menjadikan mata terkumpul 41-5. UPM melakukan try terakhir untuk UPM melalui Muhammad Ameer Nasrun Zulkeffli menjarakkan lagi kedudukan dengan mata akhir 48-5.

“Pengalaman dan latihan khusus membuatkan kami mampu berada di tahap kini. Pendedahan melalui Program Kecemerlangan Sukan dan kejohanan-kejohanan yang lepas banyak membantu kami”, kata Siddiq Amir.



Updated:: [amir_peli]

MEDIA SHARING

SPORTS CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Helpdesk:03-89471351
0389464280
C1511442237