OLEH: IZZATY FAIROZ & UMI SALIANI RAMLEE
FOTO: RAJA NURUL ASIAH
SKUDAI – Trio karate Universiti Putra Malaysia berjaya meraih tiga pingat emas selepas ketiga-tiga mereka berjaya menjadi juara dalam kategori masing-masing.
Berlangsung di Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), emas pertama UPM muncul melalui acara Kumite Individu Perempuan kategori 68kilogram ke bawah yang dimenangi Shree Sharmini.
Emas kedua UPM muncul melalui acara Kumite Individu Lelaki kategori 84kilogram ke bawah dimiliki Teagarajan Kunasakaran dan kemenangan Devaraj Venikatesan dalam kategori 84kilogram melengkapkan kemenangan bergaya UPM.
“Saya telah menjalani latihan persediaan selama sebulan lebih bagi bertanding di SUKIPT 2016 dan akhirnya penat lelah saya berbaloi apabila berjaya memiliki pingat emas. Kemenangan ini sesuatu yang memeranjatkan memandangkan ini merupakan penyertaan pertama saya bagi SUKIPT dan misi saya tercapai jua”, ujar Devaraj 23, atlet dari UPM.
Date of Input: | Updated: | amir_peli
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Sports Facility Section:
03-9769 1283