UPM Hockey Team Excellent In SUKIPT 2016 | SPORTS CENTRE
» NEWS » UPM Hockey Team Excellent in SUKIPT 2016

UPM Hockey Team Excellent in SUKIPT 2016

OLEH: AMIRUL AFIQ & AZAMIRUL BACHOK
FOTO: AZAD KHAN

TAMAN DAYA - Universiti Putra Malaysia (UPM) mengungguli acara hoki setelah berjaya membawa pulang kedua-dua pingat emas bagi kategori lelaki dan wanita di Stadium Hoki Taman Daya semalam.

Dalam perlawanan akhir hoki wanita, pasukan UPM menewaskan pasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) 1-0 melalui jaringan Nurul Safiqah Mat Isa pada minit ke-16 sekaligus kekal sebagai juara bertahan bagi acara tersebut.

“Kami berasa amat gembira kerana jangkaan kami tercapai dan dapat mengekalkan kejuaraan dalam acara hoki untuk SUKIPT,” menurut kapten pasukan hoki wanita UPM, Raja Norsharina Raja Shabuddin.

Bagi kategori hoki lelaki, UPM berjaya menundukkan pasukan Universiti Malaya (UM) dengan jumlah mata 1-1 diikuti jaringan penalti 3-2 di perlawanan akhir.

“Kami amat bangga akan pencapaian kali ini kerana kami sekadar tewas di peringkat suku-akhir pada SUKIPT edisi yang lepas. Kemenangan kali ini juga telah membuktikan standard pemain pasukan kami yang kebanyakannya mewakili pasukan kebangsaan”, ujar Harvinder Singh a/l Makbul Singh, kapten pasukan hoki lelaki UPM.

Pasukan hoki UPM akan menjalani latihan bagi persiapan untuk Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang bakal dilangsungkan April nanti.



Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

SPORTS CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXDdCAY~