Oleh: NOR FATHIHAH MOHD SAMAN & MUHAMAD SYAZRI CHE CHIK
Photo: AQILAH NAJWA ABD HALIM
SKUDAI - Universiti Putra Malaysia (UPM) cemerlang di gelanggang lawan pedang apabila menyapu bersih ketiga-tiga pingat yang ditawarkan dalam kategori Foil individu wanita pada hari ketiga temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2016 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), semalam.
Pingat emas dirangkul Natasha Ezzra Abu Bakar yang juga atlet kebangsaan manakala perak menjadi milik Ivy Cheah Hsiao Yong dan Shaidatul Shafiqah Ab Hamid berkongsi gangsa bersama atlet Taylor’s University, Ty Anne Fong .
Bagi Natasha, dia telah menjangkakan kemenangan itu selain menjadikan SUKIPT sebagai medan pemanas badan untuk menghadapi perlawanan kelayakan ke Olimpik.
Sementara itu, pingat emas kategori Sabre individu lelaki menjadi milik atlet Nilai University, Adam Nicholas Lindbichler setelah menewaskan atlet tuan rumah, Muhammad Rahmat Mohd Nor dan pingat gangsa dikongsi atlet UPM, Arif Faisal Ibrahim bersama atlet Taylor’s University, Ong De Yang.
Kontinjen lawan pedang UPM yakin untuk menambah lagi koleksi pingat apabila mereka turun beraksi dalam kategori berkumpulan yang berlangsung hari ini.
Date of Input: | Updated: | amir_peli
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Sports Facility Section:
03-9769 1283