UPM Sepak Takraw Titled The Champion In SUKIPT 2016 | SPORTS CENTRE
» NEWS » UPM Sepak Takraw titled the Champion in SUKIPT 2016

UPM Sepak Takraw titled the Champion in SUKIPT 2016

OLEH : SAUFI AIZAD DAN SHAFIQAH SHAMSUL
FOTO : FAIZAL HASBULLAH

Berjaya menewaskan regu dari negara gajah putih iaitu Thaksin University di peringkat separuh akhir, ternyata ianya memberi kelebihan buat regu Universiti Putra Malaysia untuk menjadi juara acara sepak takraw SUKIPT 2016.

UPM berjaya meraih emas setelah menewaskan seterunya Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) straight set 21-13, 21-7.

UiTM pada awalnya mendahului permainan namun UPM bangkit untuk menyamakan kedudukan 4 - 4.

UPM berjaya mengekalkan momentum cemerlang mereka dan memperoleh kemenangan pada set pertama dengan mata 21-13.

Dominasi UPM diteruskan pada set kedua dan menamatkan perlawanan dengan mata 21-7 sekaligus berjaya mengekalkan kemenangan mereka dalam acara sepak takraw dua edisi berturut-turut.

 “Saya amat berpuas hati dengan prestasi dan kesungguhan yang ditonjolkan ahli pasukan saya. Kerjasama dan komitmen menjadikan kami berjaya sabagai satu pasukan,” kata Mohamad Noorrizal Jaafar.

Dia dan ahli pasukannya bakal menyertai Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang akan datang dan juga mensasarkan pingat emas serta ingin mengekalkan kejuaraan.

Sepak takraw melabuhkan tirainya dengan menyaksikan pingat perak disandang oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pingat gangsa dimenangi oleh Thaksin University.



Updated:: [amir_peli]

MEDIA SHARING

SPORTS CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Helpdesk:03-89471351
0389464280
C1511250255