Dari Meja Ketua Pusat Sukan | PUSAT SUKAN
» MENGENAI KAMI » MAKLUMAT KORPORAT » Dari Meja Ketua Pusat Sukan

Dari Meja Ketua Pusat Sukan

Dr. Hanafiah

Selamat Datang ke Laman Web Pusat Sukan baharu. Terlebih dahulu saya menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah kurniaNya, dapat saya mencoretkan sepatah dua kata di dalam laman web Pusat Sukan ini.

Laman web ini dibangunkan supaya perkongsian maklumat sukan lebih meluas di kalangan pengguna. Diharap pengguna dapat berkomunikasi dengan mudah, drastik serta mendapat perkhidmatan yang efisyen dari Pusat Sukan.

Selain itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pengguna yang menggunakan perkhidmatan kemudahan Pusat Sukan dan Pusat Sukan akan berusaha dengan lebih lagi bagi mempertingkatkan mutu kemudahan sukan dari masa ke semasa.

Akhir kata, semoga maklumat yang disediakan dalam laman web ini dapat memberi manfaat kepada pengguna.

Sekian, terima kasih.

DR. HANAFIAH AYUB A.M.N

Ketua Pusat Sukan
Universiti Putra Malaysia

 

 

Kemaskini:: 08/08/2019 [amin_mustafha]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
B1566715545