SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUKAN UPM | PUSAT SUKAN
» MENGENAI KAMI » SEJARAH PENUBUHAN » SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUKAN UPM

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUKAN UPM

Penubuhan Pusat Sukan UPM bermula di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) pada tahun 1970an. Penubuhan Pusat Sukan di IPTA adalah tercetus daripada keputusan Jawatankuasa Kabinet Pembangun Sukan (JKPS) siri 3 bil.2/2005 dengan tujuan meningkatkan mutu sukan negara melalui penaiktirafan Unit Sukan kepada Pusat Sukan di semua IPTA.

Pusat Sukan hendaklah memberi tumpuan dan berperanan menyokong hasrat JKPS untuk melalui 3 teras utama iaitu:

  1. Membangun dan membudayakan sukan kepada seluruh warga kampus.
  2. Menguruskan atlet berprestasi tinggi.
  3. Menguruskan pemegang biasiswa sukan.

 

Pusat Sukan secara pentadbirannya dihubungkan di bawah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) mengikut surat KSU ke UPM bertarikh 24 Mac 2008.

Pusat Sukan hendaklah diterajui oleh pegawai skim "S" iaitu skim Pegawai Belia dan Sukan. Pusat Sukan menjadi ahli Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia (MASUM) dan keanggotaan ahli majlis hanya boleh diwakili gred skim "S" sahaja.

Kemaskini:: 15/03/2019 [amin_mustafha]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
B1566721038