Cheong Jun Hoong Dinobat Sebagai Olahragawati MASUM 2017 | PUSAT SUKAN
» BERITA » Cheong Jun Hoong dinobat sebagai Olahragawati MASUM 2017

Cheong Jun Hoong dinobat sebagai Olahragawati MASUM 2017

 

Tahniah Cheong Jun Hoong telah dinobat sebagai  Olahragawati Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2017.Prestasi cemerlang atlet serta sumbangan beliau kepada negara turut diiktiraf di peringkat institusi pendidikan tinggi.

Kecemerlangan Jun Hoong di peringkat antarabangsa terutama di temasya Sukan Olimpik dan Kejohanan Piala Dunia, melayakkan beliau merangkul gelaran Olahragawati MASUM buat kali kedua.

Beliau yang mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) pada MASUM mengetepikan rakan sepasukanya ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Pemenang pingkat perak Olimpik Rio 2016, itu juga berkata kemenangan MASUM adalah perjuangan yang berbaloi baginya.

“€œTumpuan kini adalah bagi Sukan Asia 2018 yang akan diadakan bulan depan.

“€œSecara peribadi, saya melihat negara China dan Korea Utara akan memberi saingan hebat namun kita juga tidak boleh memandang rendah kepada negara lain,”€ katanya.

Pemenang olahragawan dan olahragawati membawa pulang wang tunai RM3,000, piala iringan, sijil, blazer berserta trofi.

Tarikh Input: 30/07/2018 | Kemaskini: 05/08/2019 | amin_mustafha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXEXOAZ~