Kejohanan Golf Amal Pusat Sukan 2020 | PUSAT SUKAN
» BERITA » Kejohanan Golf Amal Pusat Sukan 2020

Kejohanan Golf Amal Pusat Sukan 2020

 

 

SERDANG - Pusat Sukan UPM dengan kerjasama Pusat Pengurusan Zakat dan Endowmen (WAZAN) telah menganjurkan Kejohanan Golf Amal bertempat di Kelab Golf UniPutra pada 15 Mac 2020. Kejohanan amal ini diadakan bagi mengumpul dana pembinaan musolla di Pusat Sukan UPM.

Kejohanan ini telah disertai oleh 39 orang peserta yang terdiri daripada agensi-agensi swasta dan kerajaan. Antara agensi yang telah menyertai kejohanan ini ialah, Majlis Sukan Universiti Malaysia, Majlis Sukan Negeri Kedah, Lets Play, ZECON Sport & Fitness dan Usahajana.

 

Majlis penyampaian hadiah program telah disampaikan oleh Yang Berusaha Dr Haji Razali Othman, Pengarah WAZAN UPM dan juga Ketua Pusat Sukan UPM, Dr Hanafiah Ayub. 

Tarikh Input: 18/06/2020 | Kemaskini: 18/06/2020 | amin_mustafha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXDdGAT~