Liga Ragbi Malaysia (MRL) | PUSAT SUKAN
» BERITA » Liga Ragbi Malaysia (MRL)

Liga Ragbi Malaysia (MRL)

“NO IMPORT NO PROBLEM”

 

SERDANG, 9 MAC – Pasukan ragbi UPM Serdang Angels tidak berdepan masalah untuk melangkah ke separuh akhir Liga Ragbi Malaysia (MRL) apabila berjaya menewaskan pasukan finalis edisi lalu pasukan ASAS RC di perlawanan suku akhir dengan mata 38 berbalas 25. Perlawanan yang berlangsung di Padang Ragbi A UPM Serdang itu menyaksikan pasukan kendalian jurulatih Khairizal Ali ketinggalan pada awal perlawanan namun berjaya bangkit menerusi “try” pertama yang disudahkan Avien Azreen Perman dan diikuti “try” seterusnya menerusi Abdul Azim dan dua lagi try disumbangkan oleh Ikwan Akmal dan Lawrence Petrus dan coversition disempurnkan oleh Zhariff Afendi yang menyaksikan babak pertama tamat UPM Serdang Angels mendahului dengan mata 24-13.

Babak kedua bermula menyaksikan pasukan UPM Serdang Angels bermain dengan lebih baik dan berjaya mengekang asakan pasukan lawan untuk memuktamadkan perlawanan dengan mata 38-25 dan seterusnya mara ke pusingan separuh akhir.

Lebih manis lagi, pasukan UPM Sedang Angels tampil di kejohanan Liga Ragbi Malaysia ini tanpa pemain import dan mengunakan 100% atlet pelajar UPM. Dalam perlawanan suku akhir pasukan ASAS RC diperkuatkan lagi dengan 4 pemain import yang berasal daripada negara Fiji tetapi semangat yang ditunjukan oleh pemain UPM Serdang Angels berjaya mengekang asakan lawan untuk melangkah ke separuh akhir.

Menanti pasukan UPM Serdang Angels di perlawanan separuh akhir ialah pasukan juara bertahan iaitu Keris Conlay. Menurut jurulatih UPM Serdang Angels Khairizal Ali, beliau mengakui pasukan Keris Conlay adalah pasukan yang kuat dan juga dibarisi 4 pemain import dari Fiji namun percaya dengan semangat yang ditunjukan anak buahnya mampu memberi tekanan dan tentangan sengit untuk pasukan Keris Conlay dalam perebutan ke perlawanan akhir.

Perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 16 Mac bertempat di padang ragbi Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 13/05/2019 | Kemaskini: 05/08/2019 | amin_mustafha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXDdWAt~