Majlis Pecah Tanah Padang Besbol UPM | PUSAT SUKAN
» BERITA » Majlis Pecah Tanah Padang Besbol UPM

Majlis Pecah Tanah Padang Besbol UPM

Serdang, 24 Oktober 2019 - Pusat Sukan UPM telah mengadakan Majlis Pecah Tanah Padang Besbol UPM yang telah disempurnakan oleh DYTM Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed  Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis. Majlis yang diadakan ini adalah menjadi simbolik kepada permulaan bagi pembinaan stadium Besbol pertama di peringkat Institusi Pengajian Tinggi dan negara.

Lokasi pembinaan stadium Besbol yang berkeluasan 11 ekar  ini telah mendapat persetujuan daripada  pihak pengurusan UPM dan Pusat Sukan UPM akan menjadi peneraju dalam pembinaan stadium tersebut.

Di dalam majlis tersebut juga telah diadakan Majlis Penyerahan Memorandum of Understanding (MOU) di antara Universiti Putra Malaysia dan Persekutuan Besbol Malaysia (PBM) bagi bekerjasama dalam membangunkan sukan ini secara aktif di UPM  khususnya dan di Malaysia amnya.

Pembinaan padang Besbol ini adalah selaras dengan pembangunan sukan Besbol di Malaysia dan universiti. Padang ini adalah yang pertama dibina khas untuk sukan Besbol dan dijangka akan digunakan secara pesat di pelbagai peringkat kejohanan dan menjadikan UPM sebagai pusat pembangunan sukan Besbol negara. Untuk jangka masa panjang, pembinaan fasiliti ini boleh menyumbang penjanaan kepada UPM dan mempromosi UPM ke peringkat antarabangsa dalam persada sukan ini.

Tarikh Input: 25/10/2019 | Kemaskini: 25/10/2019 | amin_mustafha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
C1574013117