Pasukan Sepak Takraw UPM Raih Gangsa Untuk Negara | PUSAT SUKAN
» BERITA » Pasukan sepak takraw UPM raih gangsa untuk negara

Pasukan sepak takraw UPM raih gangsa untuk negara

Oleh Muhammad Al Amin Mustafha

Qingdao, (CHINA) – Pasukan Sepak Takraw Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dipilih mewakili negara memenangi pingat gangsa acara Antara Regu pada 1st Asian Beach Sepak Takraw Championship The West Coast New Area of Qingdao 2019. 

Kejohanan diadakan di Qingdao, China pada 7-12 Julai lalu, dan disertai 12 pasukan termasuk dari Thailand, Indonesia, China, Vietnam, Iraq.

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) memilih pasukan sepak takrtaw UPM mewakili negara untuk kejohanan itu. 

Pasukan itu diketuai Mohamad Razizi Midin sebagai pengurus dan Ahmad Sufi Mohamed Hashim sebagai ketua jurulatih.

Pemain terdiri daripada Muhammad Suhairi Sulaiman, Muhammad Anuar Saadon, Mustaqim Zainordin, Muhammad Danial Baharin, Wan Muhammad Anas Muhaimin dan Amir Aizad Mohd Roshanizam.

Mohamad Razizi berkata kejayaan meraih satu gangsa itu membuktikan skuad negara mampu bersaing dengan negara Asia yang lain walaupun persiapan penyertaan kejohanan diadakan dalam masa yang singkat.

Beliau turut menzahirkan penghargaan buat PSM yang memberi kepercayaan kepada UPM untuk mewakili negara dalam kejohanan sepak taktaw pantai yang julung kali diadakan di peringkat Asia. - UPM

Tarikh Input: 22/07/2019 | Kemaskini: 22/07/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXEaDA6~