Pelajar UPM Sumbang Perak Di WUSC 2016 | PUSAT SUKAN
» BERITA » Pelajar UPM sumbang Perak di WUSC 2016

Pelajar UPM sumbang Perak di WUSC 2016

PELAJAR UPM IVAN YUEN SUMBANG PERAK SKUASY UNIVERSITI DUNIA
SERDANG, 8 Sept - Pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Ivan Yuen Wee Wern berjaya mendapat pingat perak dalam aksi final Kejohanan Skuasy Universiti Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil hari ini.
Dalam aksi final kejohanan tersebut , Ivan telah ditewaskan oleh Tsz Fung Yip pemain pilihan pertama kejohanan dari Hong Kong 11-3, 8-11, 11-3 dan 8-11 dalam tempoh 49 minit perlawanan.
Terdahulu, Ivan, pemain ranking ke 53 dunia dan pemain kedua kebangsaan berjaya menewaskan Joshua Masters dari England 11-7, 12-10, 12-14 dan 11-5 dalam pertarungan selama 52 minit pada aksi separuh akhir perseorangan lelaki dalam merebut tempat untuk aksi final.

Ivan bantu Perak Malaysia dalam WUSC 2016


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXEUTAW~