Program Pemerkasaan Pembangunan Sukan UPM 2021 | PUSAT SUKAN
» BERITA » Program Pemerkasaan Pembangunan Sukan UPM 2021

Program Pemerkasaan Pembangunan Sukan UPM 2021

Selangor: Pada 6 Jun 2021, Pusat Sukan UPM dengan kerjasama Kolej Tun Dr Ismail  telah menganjurkan Program Pemerkasaan Pembangunan Sukan UPM 2021 yang terdiri daripada beberapa panel terkemuka seperti Datuk Hajjah Zaiton Othman, Mantan Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan juga Puan Noraseela Mohd Khalid, Presiden Persatuan Olimpian Malaysia.

Tujuan utama program ini dianjurkan adalah sebagai sesi perkongsian mengenai pembangunan sukan di tanah air ini seterusnya membuka mata dan juga ruang yang lebih terbuka kepada para penonton. Program ini diadakan menerusi talian Facebook Live Pusat Sukan UPM yang berdurasi selama 2 jam.

Pelbagai input-input menarik yang telah dikongsi oleh kedua-dua panel dalam membincangkan pembangunan sukan secara holistik di Malaysia. Tidak terkecuali, panel juga ada menekankan kepentingan atlet untuk melanjutkan pelajaran bagi memastikan atlet bukan sahaja cemerlang dalam sukan bahkan dalam bidang akademik.

 

Tarikh Input: 07/06/2021 | Kemaskini: 07/06/2021 | amin_mustafha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXEZVAq~