Program Sekolahku UniversitiKu | PUSAT SUKAN
» BERITA » Program Sekolahku UniversitiKu

Program Sekolahku UniversitiKu

SEREMBAN – Pusat Sukan UPM telah mengadakan Program Sekolahku Universitiku di Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Maamor, Seremban, Negeri Sembilan pada 18 Februari 2020. Program ini  selari dengan

seruan Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memberi bantuan kepada sekolah terpilih mengikut kemampuan dan kepakaran yang ada di Pusat Sukan UPM melalui Program

Pembangunan Sukan yang berkonsepkan “knowledge of transfer”.

Program ini telah disertai seramai 75 orang murid dan 5 orang guru pengiring. Seramai 10 orang pegawai dan atlet daripada UPM telah menjadi instruktor dalam merealiasikan program tersebut.

Program ini bertujuan untuk memperkembangkan pertumbuhan intelek, rohani, jasmani dan emosi agar dapat membantu murid menjadi insan yang berdisplin, berdikari dan bernilai murni tinggi.    

Majlis perasmian program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Klana Maamor.

Tarikh Input: 18/06/2020 | Kemaskini: 18/06/2020 | amin_mustafha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXERCAV~