Pusat Sukan UPM Anjur Kursus Kejurulatihan Ragbi Tahap 1, 2020 | PUSAT SUKAN
» BERITA » Pusat Sukan UPM anjur Kursus Kejurulatihan Ragbi Tahap 1, 2020

Pusat Sukan UPM anjur Kursus Kejurulatihan Ragbi Tahap 1, 2020

Serdang – Pusat Sukan dengan kerjasama Malaysia Ragbi (MR) telah menganjurkan kursus Kejurulatihan Ragbi Tahap 1 selama 3 hari bermula 11 September 2020 sehingga 13 September 2020. Seramai 30 orang pelajar yang rata-ratanya merupakan bekas pemaian Ragbi negara telah menyertai kursus yang di adakan di Universiti Putra Malaysia.

Kursus ini merupakan salah satu pengisian program Kem Latihan Pusat atlet Program Kecememerlangan Sukan Ragbi Kementerian Pengajian Tinggi yang diuruskan oleh Pusat SUkan UPM yang diadakan dalam tempoh cuti semester ini. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah sebagai penyediaan medium kepada atlet-atlet untuk mendapatkan pengetahuan dan sijil yang diiktiraf oleh badan sukan berkaitan dan ianya akan menjadi salah satu nilai tambah buat atlet selepas mereka bergraduat.

Menurut Encik Nor Hisham Ibrahim, Penyelaras Pembangunan dan Kejurulatihan Ragbi Malaysia,

“ Rata-rata peserta merupakan atlet semasa dan bekas atlet ragbi kebangsaan. Agak mencabar bagi instruktor apabila menerangkan asas-asas sukan ragbi apabila mereka sendiri sebenarnya sudah mahir dalam sukan tersebut “ .

Pusat Sukan akan terus komited dalam memangkin pembangunan sukan dan juga atlet bagi memastikan atlet dapat nilai tambah yang berguna untuk dibawa pada masa akan datang.

Tarikh Input: 14/09/2020 | Kemaskini: 15/09/2020 | amin_mustafha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXEYSAk~