UPM Anjur Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 | PUSAT SUKAN
» BERITA » UPM Anjur Kejohanan Sukan Staf UPM 2020

UPM Anjur Kejohanan Sukan Staf UPM 2020

Serdang – Majlis Perasmian Kejohanan Staf UPM (SUSTAF) 2020 telah diadakan pada 30 Ogos 2020 bertempat di Kelab Golf Uniputra, Universiti Putra Malaysia sebentar tadi. Majlis ini telah disempurkankan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UPM.

Tujuan utama kejohanan SUSTAF ini dianjurkan adalah sebagai medium bagi staf-staf UPM untuk bertarung secara sihat serta menunjukkan bakat masing-masing dalam sukan berkaitan. Selain itu, kejohanan SUSTAF ini juga diadakan sebagai medan mencari bakat di kalangan staf UPM untuk diketengahkan bagi mewakili UPM dalam penyertaan Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) dan Kejohanan Sukan Badan Berkanun (SUKANUN).

Pada tahun 2020, entiti UPM telah digabungkan untuk membentuk 8 pasukan gabungan bagi bersaing dalam kejohanan SUSTAF 2020 iaitu dinamakan sebagai Gabungan 1, Gabungan 2, Gabungan 3, Gabungan 4, Gabungan 5, Gabungan 6, Gabungan 7 dan Gabungan 8.

Sebanyak 7 acara sukan dipertandingkan pada tahun 2020. Antaranya ialah, Badminton Campuran, Golf, Petanque Campuran, Tenpin Boling, Futsal Wanita, Bola Sepak Penalti dan Bola Tampar Campuran. Penganjuran kejohanan Sukan Staf UPM 2020 ini telah diluluskan oleh pihak pengurusan UPM dengan mengambil kira dan mengikut SOP-SOP penganjuran kejohanan sukan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Dalam perlawanan sukan Golf yang dijalankan sempena Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Staf UPM 2020, pasukan Gabungan 3 yang diwakili oleh Dr. Zailani Khuzaimah dan Mohd Faris telah berjaya mengungguli kejohanan dengan 75 mata menewaskan Gabungan 5 di tempat kedua dan gabungan 7 di tempat ketiga.

Tarikh Input: 30/08/2020 | Kemaskini: 30/08/2020 | amin_mustafha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXDdHAO~