UPM Hargai Atlet Olimpik RIO | PUSAT SUKAN
» BERITA » UPM hargai Atlet olimpik RIO

UPM hargai Atlet olimpik RIO

SERDANG 14 Sept. _ Tiga atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima insentif daripada universiti itu berikutan penyertaan cemerlang mereka dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, baru-baru ini.

Menerusi Skim Insentif Kemenangan Atlet UPM itu, ketiga-tiga atlet terbabit menerima wang tunai serta geran mobiliti yang memberikan mereka peluang untuk mengikuti program pertukaran pelajar ke luar negara dengan tajaan penuh.

Tiga atlet terbabit adalah Cheong Jun Hoong (terjun) yang menerima RM4,000, manakala Zaidatul Husniah Zulkifli (pelari pecut), dan Johnathan Wong Guanjie (menembak), masing-masing menerima RM1,000.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata, insentif itu bagi menghargai sumbangan atlet terbabut yang berkorban masa dan tenaga demi mengharumkan nama negara.

“Skim insentif ini diwujudkan bagi meraikan semua atlet UPM yang cemerlang dalam sukan terutamanya di peringkat antarabangsa.

“Diharapkan dengan pemberian insentif ini dapat memberi impak yang positif kepada atlet lain agar lebih bermotivasi untuk memenangi setiap pertandingan yang disertai,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Insentif Atlet Sukan UPM ke Olimpik Rio 2016, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


UPM hargai Atlet Olimpik Rio


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXEaAAz~