UPM Juara Bola Jaring IPT 2016 | PUSAT SUKAN
» BERITA » UPM Juara Bola Jaring IPT 2016

UPM Juara Bola Jaring IPT 2016

KUALA LUMPUR: Pasukan Bola Jaring Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi berjaya mempertahankan kejuaraan dalam Divisyen 1 Liga Bola Jaring IPT 2016 anjuran Pusat Sukan Tumpuan (PST) Bola Jaring, Universiti Malaya. Liga ini telah dijalankan pada 25hb – 30hb September 2016 bertempat di Pusat Sukan, Universiti Malaya.  

Pasukan Bola Jaring UPM turut dibarisi oleh 5 orang pemain kebangsaan yang telah berjaya membawa pulang Piala Kejohanan Bola Jaring Asia ke-10 di Bangkok pada bulan lepas. Bermain dalam Divisyen 1 secara liga 1 kumpulan yang turut disertai oleh UTM, UM, UiTM, UIAM dan USIM, UPM.

Menurut pengurus pasukan, Puan Nurul Wahida Latif pemain telah menunjukkan permainan yang baik sepanjang liga ini berlangsung. Kerjasama yang ditunjukkan serta strategi permainan melayakkan UPM untuk menjuarai Liga Bola Jaring IPT 2016.

 

 

UPM Juara Bola Jaring IPT 2016

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 05/08/2019 | amin_mustafha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXEZWAW~