UPM Juara Edisi Pertama Festival Sukan Pendidikan Tinggi 2018 | PUSAT SUKAN
» BERITA » UPM Juara Edisi Pertama Festival Sukan Pendidikan Tinggi 2018

UPM Juara Edisi Pertama Festival Sukan Pendidikan Tinggi 2018

  

UPM juara HESF 2018

MELAKA: Universiti Putra Malaysia (UPM) menjuarai Festival Sukan Pendidikan Tinggi (HESF) 2018 selepas meraih 36 pingat emas pada kejohanan yang berakhir di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), semalam. 

Universiti Teknologi MARA (UiTM) pula muncul naib juara dengan pungutan 13 pingat emas diikuti Universiti Taylor di kedudukan ketiga, juga dengan 13 emas.

Hanya lima acara sahaja dipertandingkan pada kejohanan iaitu golf, olahraga, renang, petanque dan ping pong yang membabitkan 526 atlet. 

Kejayaan UPM di dokong acara olahraga apabila menyapu 25 daripada 38 pingat emas yang dipertandingkan, manakala UiTM memungut tujuh emas dan Universiti Sutan Zainal Abidin (UniSZA) dengan 2 emas.

Sukan renang pula dikuasai Universiti Taylor yang menyapu 13 emas, diikuti UPM dengan 11 emas dan UiTM empat emas.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diwakili pemain kebangsaan Muhammad Ashraf Haikal pula menguasai acara Ping Pong dengan dua emas diikuti satu emas milik Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Help.

Sukan Golf pula dikuasai oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) dan UKM dengan masing-masing memungut satu emas.

"HESF 2018 edisi pertama dianjurkan dengan jayanya. Sejak awal kami menekankan kepada aspek teknikal yang tinggi.

"Fokus utama juga diberikan terhadap penyediaan kemudahan dan sistem pengadilan sukan dengan harapan prestasi dan persembahan atlet bertanding berada pada tahap terbaik," kata Ketua Sekretariat, Mohd Izwan Khairuddin.

Tarikh Input: 30/07/2018 | Kemaskini: 05/08/2019 | amin_mustafha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXEUWAL~