UPM Sapu Bersih Foil Wanita | PUSAT SUKAN
» BERITA » UPM Sapu Bersih Foil Wanita

UPM Sapu Bersih Foil Wanita

Oleh: NOR FATHIHAH MOHD SAMAN & MUHAMAD SYAZRI CHE CHIK
Photo: AQILAH NAJWA ABD HALIM

SKUDAI - Universiti Putra Malaysia (UPM) cemerlang di gelanggang lawan pedang apabila menyapu bersih ketiga-tiga pingat yang ditawarkan dalam kategori Foil individu wanita pada hari ketiga temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2016 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), semalam.

Pingat emas dirangkul Natasha Ezzra Abu Bakar yang juga atlet kebangsaan manakala perak menjadi milik Ivy Cheah Hsiao Yong dan Shaidatul Shafiqah Ab Hamid berkongsi gangsa bersama atlet Taylor’s University, Ty Anne Fong .

Bagi Natasha, dia telah menjangkakan kemenangan itu selain menjadikan SUKIPT sebagai medan pemanas badan untuk menghadapi perlawanan kelayakan ke Olimpik.

Sementara itu, pingat emas kategori Sabre individu lelaki menjadi milik atlet Nilai University, Adam Nicholas Lindbichler setelah menewaskan atlet tuan rumah, Muhammad Rahmat Mohd Nor dan pingat gangsa dikongsi atlet UPM, Arif Faisal Ibrahim bersama atlet Taylor’s University, Ong De Yang.

Kontinjen lawan pedang UPM yakin untuk menambah lagi koleksi pingat apabila mereka turun beraksi dalam kategori berkumpulan yang berlangsung hari ini.


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
C1574010443