UPM SERDANG ANGELS SUKAR DIGUGAT | PUSAT SUKAN
» BERITA » UPM SERDANG ANGELS SUKAR DIGUGAT

UPM SERDANG ANGELS SUKAR DIGUGAT

ARAU, 6 Feb- UPM Serdang Angels telah berjaya menewaskan pasukan tuan rumah iaitu UiTM Lions dalam perlawanan akhir sukan Ragbi karnival sukan Majlis Sukan Unversiti Malaysia (MASUM) Fasa 1, 2020 yang telah diadakan di Universiti Teknologi MARA, Perlis dengan skor 30-19.

Kehebatan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan ini membuatkan persaingan yang cukup cukup sengit. Namun, UPM Serdang Angels bijak menggunakan peluang yang terhidang seterusnya mengekalkan kejuaraan yang dipegang selama 7 tahun berturut-turut.

“Kami amat gembira selepas menjuarai karnival MASUM 2020 kerana dapat mempertahankan kejohanan selama tujuh tahun berturut-turut. Kami berharap dapat menjadi juara bertahan pada karnival yang akan datang” kata salah seorang pemain UPM Serdang Angels.

Selain itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) juga telah meraih pingat emas dalam acara Ping Pong Double (L), Sepak Takraw Regu dan Bola Keranjang 3 on 3 (W) pada fasa 1 kejohanan sukan MASUM 2020. Secara keseluruhan pasukan UPM berada di kedudukan ke-6 dengan pungutan 5 emas, 3 perak dan 8 gangsa.

Tarikh Input: 12/02/2020 | Kemaskini: 16/06/2020 | amin_mustafha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXEZDA7~