UPM Serius Dalam Membangunkan Sukan Besbol Di UPM/Negara | PUSAT SUKAN
» BERITA » UPM serius dalam membangunkan sukan Besbol di UPM/Negara

UPM serius dalam membangunkan sukan Besbol di UPM/Negara

Universiti Putra Malaysia melalui Pusat Sukan amat serius dalam membangunkan sukan Besbol di UPM khususnya dan negara khasnya.

Skop pembangunan sukan tersebut telah diperkemaskan lagi dengan termeterainya Letter of Intent antara UPM dan Kitakyushu University, Japan. Kitakyushu University merupakan sebuah universti yang berpengalaman dalam membangunkan sukan Besbol di Jepun serta mempunyai pelan pembangunan sukan Besbol yang sistematik. Menerusi hubungan kerjasama yang diadakan ini, pihak Jepun akan membantu dalam membangunkan sukan tersebut di UPM dan Malaysia.

Majlis tersebut telah diadakan pada 19 Julai 2019 bertemapt di Bangunan Pentadbiran, UPM Kampus Serdang. Majlis pertukaran (LoI) tersebut telah disempurkan oleh YBhg. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM dengan Prof. Akira Uchida yang mewakili pihak Kitakyushu University. Pertukaran LoI tersebut telah disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM serta Ketua Pusat Sukan UPM.

Tarikh Input: 22/07/2019 | Kemaskini: 05/08/2019 | amin_mustafha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXETJAi~