Elak Kecemerlangan Atlet Di Universiti Terkubur | SPORTS CENTRE
» NEWS » Elak Kecemerlangan Atlet di Universiti Terkubur

Elak Kecemerlangan Atlet di Universiti Terkubur

PELAJAR institut pengajian tinggi (IPT) disaran bergiat aktif dalam bidang sukan sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan IPT sebagai pemangkin budaya sukan dalam membangunkan sukan di negara ini.


Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Pekan Ramli berkata, peranan universiti menggalakkan pelajar bergiat aktif dalam sukan serta menyediakan peluang belajar kepada atlet di universiti sememangnya sudah termaktub dalam Dasar Sukan Negara 2009.

“Kedua-dua peranan ini bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan atlet di universiti tidak terkubur sebaik sahaja mereka meletakkan kaki ke IPT,” katanya dalam sesi libat urus Visi Sukan Negara 2030 secara maya pada Jumaat.


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mewujudkan hala tuju sukan yang jelas menerusi Dasar Pembangunan Sukan di IPT 2009 (DPSIPT) bagi memastikan kebajikan IPT dijaga dan dapat bergerak secara aktif tanpa mengabaikan pembangunan akademik pelajar.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Dr Nurulfajar Abd Manap berkata, pelajar dalam lingkungan umur 18 hingga 25 tahun merupakan golongan sesuai didedahkan kepada budaya sukan dan ekosistem IPT yang mesra sukan, akan berupaya melahirkan graduan seimbang kecemerlangannya dalam bidang sukan dan akademik.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (HEP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkata, dasar pembangunan sukan IPT yang diperkenalkan pada 2010 memberi ruang kepada IPT untuk bersama-sama membentuk sebuah negara yang baik dengan melahirkan sumber manusia berkualiti melalui bidang sukan.

Sementara itu, perenang wanita negara, Phee Jinq En berkongsi pengalamannya belajar dan menjalani latihan di Universiti Purdue, Indiana, Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan beliau belajar dan pada masa sama menjalani latihan di bawah Persatuan Atletik Kolej Nasional (NCAA).

Menurut Jinq En, sepanjang berada di Amerika, beliau sebagai pelajar atlet menjalani latihan berenang dan belajar di tempat yang sama serta diberi sokongan yang baik daripada pensyarah serta jurulatihnya.

Sumber: Sinar Harian (7 Ogos 2021)

Date of Input: 30/08/2021 | Updated: 30/08/2021 | amin_mustafha

MEDIA SHARING

SPORTS CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXEZTAA~