Gold For UPM In Tenpin Bowling | SPORTS CENTRE
» NEWS » Gold for UPM in Tenpin Bowling

Gold for UPM in Tenpin Bowling

Oleh: AZAMIRUL BACHOK, SIVANESH RAO & IZZATY FAIROZ
Foto: AQILAH NAJWA & ZULHILMI SELAMAT

Johor Bahru – Universiti Putra Malaysia (UPM) menambah satu lagi koleksi pingat emas menerusi acara tenpin boling Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2016 yang diadakan di Daiman Bowl, di sini.

Atletnya, Siti Aishatun Hussin berjaya membuat 1279 jatuhan pin untuk melayakkan dia mendahului kategori individu.

Manakala atlet Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nur Amirah Auni Azman terpaksa menerima kenyataan bahawa dia hanya mampu membawa pulang pingat perak dengan 1275 jatuhan pin.

Atlet Universiti Sunway, Victoria Chin Quan Weoi sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa apabila hanya mencatatkan 1261 jatuhan pin.

Bagi Aishatun, beliau tidak mempunyai apa-apa rahsia kecuali menjalani sesi latihan secara konsisten disamping mematuhi arahan dan nasihat daripada jurulatihnya.

Jurulatih UPM, Siti Shazwani Ahmad Suhaimi mengakui bahawa persaingan kategori individu agak sengit kerana rata-rata pemain mempunyai latar belakang dalam arena boling.



Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

SPORTS CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXDTOAh~