KEJOHANAN SUKAN KOLEJ UPM | PUSAT SUKAN
» PROGRAM » KEJOHANAN SUKAN KOLEJ UPM

KEJOHANAN SUKAN KOLEJ UPM

Sukan Kolej (SUKOL)


Kejohanan Sukan Kolej UPM (SUKOL) merupakan kejohanan sukan anjuran Pusat Sukan UPM. Kejohanan ini disertai oleh 17 buah kolej kediaman di UPM. Kejohanan sukan ini dipertandingkan secara 2 fasa mengikut semester pengajian. Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti Ragbi, Bola Sepak, Bola Jaring, Tenpin Boling, Olahraga dan banyak lagi.

Objektif:

  1. Sebagai landasan untuk mengenalpasti bakat-bakat dikalangan pelajar kolej yang  boleh diketengahkan untuk mewakili pasukan UPM ke peringkat MASUM dan kejohanan-kejohanan lain.
  2. Menggalakkan warga kolej membabitkan diri dalam aktiviti sukan, membentuk graduan yang sihat dari segi mental dan cergas fizikal serta mahasiswa yang berdaya saing, tahan lasak dan kreatif.
  3. Memberi pengalaman dan pengetahuan kepada pelajar-pelajar kolej di dalam pengurusan sesebuah pasukan bagi penyertaan dalam sesebuah kejohanan.
  4. Membentuk kemahiran insaniah di kalangan pelajar-pelajar kolej di dalam penyertaan bidang sukan.

 

Sukan-sukan yang terdapat di UPM:

 

Sukan di UPM

 Sebarang pertanyaan mengenai Kejohanan Sukan Kolej di UPM boleh hubungi Seksyen Pengelolaan Sukan di talian 03-9769 3776.

 

Kemaskini:: 15/03/2019 [amin_mustafha]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566718870