SOALAN LAZIM | PUSAT SUKAN
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Perkhidmatan
1
Adakah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Pusat Sukan boleh digunapakai oleh orang awam?

  • Kemudahan-kemudahan di Pusat Sukan turut disewakan kepada orang awam dengan kadar yang berpatutan. Sebarang pertanyaan sila hubungi penyelia di fasiliti sukan di Seksyen Fasiliti Sukan.
  • 2
    Apakah kemudahan sukan yang ada di UPM?

    Antara fasiliti sukan yang terdapat di Pusat Sukan UPM ialah Stadium, Gimnasium Mini, Gelanggang Futsal, Gelanggang Bola Tampar, Gelanggang Sepak Takraw, Gelanggang Bola Jaring, Lapang Sasar Memanah, Gelanggang Squash, Gelanggang Petanque, Gelanggang Tenis, Padang Serbaguna, Bilik Aerobik, Padang Hoki Turf (Mini), Padang Bola Sepak, Padang Sofbol, Padang Ragbi, Padang Hoki Rumput, Padang Bola Jaring Rumput, Gelanggang Bola Keranjang, Gelanggang Badminton, Kompleks Renang, Gelanggang Bola Baling & Meja Ping Pong

    3
    Bagaimana untuk membuat tempahan kemudahan sukan ?

    Pemohon perlu memuat turun borang yang terdapat dalam dokumen muatturun dan diserahkan di Seksyen Fasiliti Sukan, Pusat Sukan UPM.  

    4
    Bagaimanakah cara untuk membuat pinjaman peralatan sukan ?

    Pemohon perlu memuat turun Borang Pinjaman Peralatan Sukan  dan diserahkan di Seksyen Fasiliti Sukan, Pusat Sukan UPM.

    5
    Apakah prosedur dan peraturan penggunaan kemudahan dan peralatan sukan di Pusat Sukan UPM?

    Pengguna kemudahan dan peralatan sukan perlulah mematuhi peraturan peraturan yang telah ditetapkan sebagaimana yang telah digariskan oleh Pusat Sukan UPM


    Peranan
    6
    Apakah peranan utama Pusat Sukan UPM?

  • Peranan utama Pusat Sukan UPM adalah membantu menyediakan atlet-atlet untuk menghadapi kejohanan khususnya Sukan MASUM, SUKIPT dan sukan-sukan jemputan lain. Di samping itu, Pusat Sukan UPM juga menganjurkan kejohanan-kejohanan seperti Sukan Kolej UPM, Karnival Pusat Sukan UPM, Kejohanan Memanah dan sebagainya.

  • Sukan
    7
    Apakah kelebihan yang diterima oleh atlet UPM?

  • Atlet yang telah disenaraikan sebagai atlet UPM akan diberikan :
  • Elaun semasa latihan pusat dan kejohanan
  • Dilindungi insuran berkelompok
  • Diberikan kemudahan latihan
  • Pakaian kejohanan
  • Tempat latihan yang sesuai
  • Jurulatih yang berkelayakan
  • Menerima Insentif dan anugerah jika mendapat pingat di kejohanan yang disertai
  • Program mobiliti
  • Kursus Sukan
  • 8
    Apakah jenis-jenis sukan yang menjadi keutamaan Pusat Sukan UPM?

    Selain dari 32 acara sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Kolej UPM, UPM turut menjadi pusat pembangunan kepada sukan Ragbi dan Memanah di peringkat IPTA.

    Kemaskini:: 12/04/2017 [amin_mustafha]

    PUSAT SUKAN
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    03-9769 1288/1351
    03-9769 4279
    B1566718452