Atlit UPM Angela Olahragawati SUKIPT 2018 | SPORTS CENTRE
» NEWS » Atlit UPM Angela Olahragawati SUKIPT 2018

Atlit UPM Angela Olahragawati SUKIPT 2018

 

 
 
PENGERUSI Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Dr Ibrahim Saad (tiga kiri) bergambar bersama Olahragawan SUKIPT 2018, Yeap Zheng Yang (dua kiri) dan Olahragawati SUKIPT 2018, Angela Chieng Chui Fei (dua kanan) pada Majlis Penutup Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018 di UKM, Bangi. Turut bersama Naib Canselori UKM, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali (kiri) dan Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr Aini Ideris (tiga kanan). - Foto Rosela Ismail

Zheng Yang, Angela Chieng olahragawan, olahragawati SUKIPT

Gelaran Olahragawan menjadi milik atlet dari Universiti Taylor, Yeap Zheng Yang manakala Angela Chieng Chui Fei (Universiti Putra Malaysia), dipilih sebagai Olahragawati bagi edisi kali ini.

Bagi Zheng Yang yang juga perenang kebangsaan, gelaran itu menjadi pencetus semangat buatnya menghadapi kejohanan akan datang.

"Ini kali pertama (menyertai SUKIPT) dan tak sangka boleh meraih gelaran ini," kata Zheng Yang yang membantu kontinjen Universiti Taylor meraih lima pingat emas dan satu perak itu.

"Ini satu perkembangan baik bagi sasaran saya seterusnya dan saya berpuas hati dengan prestasi sendiri. Selepas ini, saya akan cuba perbaiki lagi catatan terbaik peribadi."

Selain pingat, Zheng Yang, 19, turut memadamkan tiga rekod temasya dalam acara 1,500m gaya bebas dengan catatan baharu 16 minit 19.78 saat, 800m gaya bebas (8:25.37s) dan 400m gaya bebas (4:02.07s).

Sementara itu, bagi Olahragawati SUKIPT 2018 dari Sarawak, Angela, dia menyifatkan pencapaian kali ini sebagai tonik buatnya untuk lebih menyerlah terutamanya pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Perak.

"Saya hanya buat yang terbaik untuk UPM dan saya mengambil serius penyertaan di sini," kata perenang berusia 20 tahun itu.

"Saya tidak meletak sasaran untuk memecahkan rekod, cuma menyasarkan pingat emas saja.

"Untuk tahun ini, saya akan memberi lebih tumpuan kepada SUKMA dan sekiranya dapat menyertai Sukan Asia, ia pastinya sesuatu yang bagus buat saya.

"Apa pun, saya berpuas hati dengan pencapaian di sini apatah lagi kali pertama menyertainya. Ini satu permulaan yang cukup baik untuk tahun ini."

SUKIPT 2018 melabuhkan tirainya hari ini menyaksikan UPM muncul selaku juara keseluruhan dengan menggondol 44 emas, 41 perak dan 33 gangsa.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) kedua dengan 42-37-35 manakala Politeknik Malaysia ketiga 27-17-27 gangsa.

_______________________________

 

KUTIPAN PINGAT (10 TERATAS)

Kontinjen             E   P   G  Jumlah

UPM                  44  41  33    118

UiTM                 42  37  35    114

Politeknik           27  17  27     71

Uni Sunway           17  14  18     49

Uni Taylor           16  11  14     40

UM                   14  16  15     45

UniSZA                9   5   9     23

UPSI                  8   5  12     25

Uni HELP              7   2   6     15

UKM                   6  10  12     28

Date of Input: 13/02/2018 | Updated: 05/08/2019 | amin_mustafha

MEDIA SHARING

SPORTS CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXDTNAe~