Serdang Angels Tepati Ramalan Juara | SPORTS CENTRE
» NEWS » Serdang Angels tepati ramalan juara

Serdang Angels tepati ramalan juara

Meor Riduwan Meor Ahmad
Mriduwan@hmetro.com.my

MENEPATI ramalan, pasukan Serdang Angels muncul juara menewaskan UiTM Lions di perlawanan akhir Ragbi Super 8 IPT 2019 yang berlangsung di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, petang tadi.

Ia adalah kejayaan keenam berturut-turut dimiliki pasukan bimbingan jurulatih Khairizal Ali Amat.

 

Bermula garang di separuh masa pertama, tuan rumah selesa mendahului lawan 14-5 menerusi dua ‘try’ dan dua conversion.

 

Bersambung babak kedua, Serdang Angels terus mengukuhkan kedudukan dengan menambah tiga lagi try dan tiga conversion untuk muncul juara dengan mata 35-8.

UiTM Lions dilihat cuba memberi cabaran namun, Serdang Angels nyata terlalu ampuh dan hanya memperoleh penalti untuk menambah tiga mata.

Menurut Khairizal pasukkannya mula berlatih sejak kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di Kuantan Pahang dan momentum itu dapat dikekalkan hingga final.

“Alhamdulillah, lima perlawanan di peringkat kumpulan hingga kita final hari ini kita menang semua.

“Peringkat awal permainan agak mencabar, mungkin kerana pemain terlalu berhati-hati dan belum dapat menyerap suasana perlawanan akhir menyebabkan kita hanya skor 14 mata,” katanya.

Menurutnya, bersambung babak kedua, beliau mengingatkan pemain supaya mengekalkan momentum dan tingkatkan tempo permainan hingga berjaya menguasai perlawanan peringkat awal.

“Tumpuan saya selepas ini kepada perlawanan tempatan dan hujung minggu terutama tujuh sebelah kerana ini kejohanan institusi pendidikan yang terakhir,” katanya.

Untuk rekod ini perhitungan kali kelima membabitkan kedua-dua pasukan itu dalam aksi akhir dengan Serdang Angels turut dibarisi tiga pemain kebangsaan, Mohamad Khairul Abdullah Ramli, Lawrence Petrus dan Muhamad Hafizin Aiman Halim.

Date of Input: 27/09/2019 | Updated: 27/09/2019 | amin_mustafha

MEDIA SHARING

SPORTS CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXDTMAH~