SEKALUNG TAHNIAH KEPADA QUEENIE TING KUNG NIE ATAS KEJAYAAN MEMECAH REKOD KEBANGSAAN DI KEJOHANAN OLAHRAGA IPT 2022 (GRAND FINAL) BAGI ACARA LEMPAR CAKERA WANITA PODIUM
Pihak Akademi Sukan UPM mengucapkan jutaan Tahniah dan Syabas kepada Queenie Ting Kung Nie atas kejayaan memecah rekod kebangsaan di Kejohanan Olahraga IPT 2022 (Grand Final) dalam acara Lempar Cakera Wanita Podium pada 16 Disember 2022. Beliau berjaya melakar rekod kebangsaan baharu iaitu 52.77 meter(m) dengan secara tidak langsung memadam rekod kebangsaannya terdahulu iaitu 52.36 meter (m) ketika di Sukan Sea Hanoi pada Mei lalu.
Kejohanan Olahraga IPT 2022 (Grand Final) masih berlangsung di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil pada 16 Disember 2022 (Jumaat) sehingga 18 Disember 2022 (Ahad). Selamat berjuang dan memperoleh kejayaan kepada Pasukan Olahraga UPM. Semoga atlet-atlet UPM berjaya membawa pulang pingat ke UPM.
Sumber: Sukan IPT
Tarikh Input: 17/12/2022 | Kemaskini: 17/12/2022 | rohaida_h
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
No. Pejabat Fasiliti Sukan:
03-9769 1283