Hakimi Buktikan Kehebatan | PUSAT SUKAN
» BERITA » Hakimi Buktikan Kehebatan

Hakimi Buktikan Kehebatan

Oleh : Faris Irfan
Foto : Azad Khan

Memegang status atlet lompat kijang Negara serta pernah memenangi pingat emas dalam temasya Sukan Sea, ternyata memberi kelebihan buat Hakimi Ismail untuk menjuarai acara lompat kijang di SUKIPT 2016.

Bukan sekadar meraih emas, atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) ini turut memecahkan rekod SUKIPT yang diciptanya sendiri pada SUKIPT edisi lalu dengan lompatan sejauh 15.80m berbanding rekod lama 15.67m.

SUKIPT kali ini juga merupakan platform buat Hakimi untuk menguji kemampuannya sebagai persiapan ke kelayakan sukan Olimpik di Qatar bulan hadapan.

Untuk rekod, Hakimi pernah memecah rekod acara lompat kijang di temasya Sukan Sea Singapura dengan catatan 16.76m.



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
C1568613937