Jun Hoong Bersedia Kembali Berlatih Selepas Kejayaan Di Rio | PUSAT SUKAN
» BERITA » Jun Hoong bersedia kembali berlatih selepas kejayaan di Rio

Jun Hoong bersedia kembali berlatih selepas kejayaan di Rio

Penerjun negara, Cheong Jun Hoong, meminta skuad terjun segera dihantar berlatih di China atau mereka akan berdepan masalah dalam Grand Prix Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) di Kuching, bulan depan.

Skuad terjun negara tidak dapat menjalani latihan intensif sejak pulang dari Sukan Olimpik Rio 2016.

Tiada kemudahan bertaraf dunia kerana Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil sedang dinaik taraf menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur, tahun depan.

Pusat Akuatik Pandelela Rinong di Kuching juga belum sedia untuk dijadikan kem latihan berprestasi tinggi.

Jadi, pilihan terbaik ialah kembali ke China.

“Secara teknikal, ia merupakan venue yang baik untuk pertandingan, untuk latihan kami perlu kembali ke China, tetapi segala keputusan terletak di tangan jurulatih dan berlatih di China dapat meningkatkan fokus kami,” kata Jun Hoong.

Jun Hoong bergandingan bersama Pandelela ketika menyumbang pingat perak acara 10m platform terjun seirama Sukan Olimpik Rio.

Lebih menarik, semua penerjun wanita negara berjaya layak ke final di Rio, sekali gus memberi amaran bahawa Malaysia mampu mendominasi acara wanita di Kuching.

 

 

Jun Hoong Kemabali jalani latihan di China

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 05/08/2019 | amin_mustafha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXEbBAl~