Kontinjen UPM Janjikan Yang Terbaik Di Kejohanan MASUM Fasa 1, 2020 | PUSAT SUKAN
» BERITA » Kontinjen UPM Janjikan Yang Terbaik di Kejohanan MASUM Fasa 1, 2020

Kontinjen UPM Janjikan Yang Terbaik di Kejohanan MASUM Fasa 1, 2020

SERDANG, 29 Jan- "Kita tidak hanya mahu sekadar 14 pingat, kita mahukan semua pingat" kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dalam Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2020 pada hari ini.

Beliau juga turut memberi semangat dan sokongan kepada kontinjen UPM untuk menambah baik prestasi keputusan keseluruhan MASUM pada tahun lalu. UPM telah berjaya meraih tempat kedua keseluruhan sukan MASUM pada tahun lalu dan mengimpikan kejuaraan pada kali ini.

Turut hadir Dr. Hanafiah Ayub, Ketua Pusat Sukan UPM memberi ucapan dalam majlis sama. "Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua atlet atas jasa dan pengorbanan membuat persediaan selama sebulan pada cuti semester kali ini" adalah antara ungkapannya dalam ucapan beliau di sini.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan berkonsepkan etnik oleh setiap kontinjen UPM dari setiap jenis sukan yang dipertandingkan. Pasukan penyokong, Putra Ultras UPM telah mempersembahkan persembahan menarik dan meraih tempat pertama mengatasi 10 kumpulan sukan yang lain.

Seramai 147 atlet UPM dari pelbagai jenis acara sukan bakal terlibat menjayakan Majlis Karnival Sukan MASUM 2020 fasa 1 di Uitm Arau, Perlis pada kali ini bermula 30 Januari sehingga 6 Februari 2020.

Berita oleh: Noorazizah Mohtar

Tarikh Input: 31/01/2020 | Kemaskini: 31/01/2020 | amin_mustafha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXEaIAw~