LAWATAN DELEGASI PUSAT SUKAN UTeM Ke PUSAT SUKAN UPM | PUSAT SUKAN
» BERITA » LAWATAN DELEGASI PUSAT SUKAN UTeM ke PUSAT SUKAN UPM

LAWATAN DELEGASI PUSAT SUKAN UTeM ke PUSAT SUKAN UPM

SERDANG- Pada 8 Julai 2020, delegasi Pusat Sukan Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM) melakukan lawatan kerja ke Pusat Sukan UPM. Lawatan diadakan bertujuan untuk melihat dan meninjau fasiliti-fasiliti di pusat sukan UPM seterusnya berkongsi alternatif terbaik bagi menyelenggara infrastruktur sukan di UPM.

Delegasi UTeM diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Sanusi Azmi, Pengarah Pusat Sukan UTeM dan juga 7 orang pegawai. Sesi perkongsian ilmu dan pandangan ini sedikit sebanyak membuka perspektif kedua-dua belah pihak seterusnya dapat membantu pembangunan dan penyelengaraan fasiliti di pusat sukan masing-masing.

Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Sanusi Azmi juga turut mengulas bahawa banyak perkara yang didapati oleh delegasi beliau hasil daripada lawatan ini. Beliau juga berharap segala perkongsian dalam sesi lawatan ini dapat diaplikasikan pada masa akan datang.

Tarikh Input: 09/07/2020 | Kemaskini: 09/07/2020 | amin_mustafha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXEaIAr~