Majlis Penyerahan Barangan Besbol Sumbangan Seibu Lions, Jepun | PUSAT SUKAN
» BERITA » Majlis Penyerahan Barangan Besbol Sumbangan Seibu Lions, Jepun

Majlis Penyerahan Barangan Besbol Sumbangan Seibu Lions, Jepun

SERDANG – Pusat Sukan UPM mengadakan Majlis Penyerahan Barangan Besbol sumbangan Seibu Lions, Jepun yang bertempat di foyer Pusat Sukan UPM pada 2 Julai 2020.

Ybhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni juga turut hadir bagi menyampaikan barangan besbol kepada wakil Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar  dan wakil-wakil Kolej UPM sebagai simbolik penyerahan barangan sumbangan daripada Seibu Lions, Jepun ini. Antara barangan besbol yang disumbangkan ialah jersi, kayu pemukul besbol, bola besbol dan juga sarung tangan besbol.

Selanjutnya, Ybhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman juga berharap agar program pembangunan besbol ini terus berjalan dengan baik dan menjadi pemangkin kepada pengembangan sukan besbol di negara ini. Pusat Sukan UPM yang juga merupakan peneraju pembangunan besbol di UPM dan negara ini juga memandang serius keperluan sukan dan teknikal bagi memastikan sukan ini dapat berkembang lebih baik pada masa akan datang.

Tarikh Input: 03/07/2020 | Kemaskini: 03/07/2020 | amin_mustafha

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXEaWAm~