Pasukan Bola Jaring UPM Juara USM Open | PUSAT SUKAN
» BERITA » Pasukan Bola Jaring UPM Juara USM Open

Pasukan Bola Jaring UPM Juara USM Open

 
 
Syed Ismail Syed Abu Bakar
sukan@hmetro.com.my

 

Georgetown: Universiti Putra Malaysia (UPM) Firewolf dinobatkan juara kategori wanita terbuka Pesta Bola Jaring Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM) edisi ke-25 di Azman Hashim USM Sports Arena di kampus induk, Minden, di sini, kelmarin.

Pasukan UPM mengenepikan saingan terdekatnya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) selepas mencatatkan kemenangan 18-5 pada aksi final yang turut disaksikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USM Prof Datuk Dr Adnan Hussein.

 

Kemenangan itu membolehkan pemain UPM Firewolf menerima piala pusingan, wang tunai RM2,000, piala iringan, pingat serta barangan penaja Nestle Products Sdn Bhd selain pemainnya, Norashikin Kamal Zaman, 22, dipilih pemain terbaik untuk menerima piala iringan.

 

MBPJ selaku naib juara menerima RM1,000, piala iringan dan barangan Nestle selain hadiah fair play.

Tempat ketiga dikongsi NSD dari Pulau Pinang dan USM Kubang Krian dengan masing-masing menerima RM500.

Sementara itu, aksi bertenaga dan konsisten menjadi ramuan terbaik buat Cobra dari Kuala Lumpur apabila muncul juara kategori lelaki dengan mengenepikan Coaster dari Terengganu dengan kemenangan tipis 9-4.

Pemain pasukan itu menerima piala pusingan, RM2,000, piala iringan, pingat dan barangan penaja selain pemainnya, Tamim Amzat Dasthagir, 23, dipilih pemain terbaik.

 

 
 

Tarikh Input: 25/10/2018 | Kemaskini: 05/08/2019 | norazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
C1568616044