UPM Kaut 3 Emas | PUSAT SUKAN
» BERITA » UPM Kaut 3 Emas

UPM Kaut 3 Emas

OLEH: IZZATY FAIROZ & UMI SALIANI RAMLEE
FOTO: RAJA NURUL ASIAH

SKUDAI – Trio karate Universiti Putra Malaysia berjaya meraih tiga pingat emas selepas ketiga-tiga mereka berjaya menjadi juara dalam kategori masing-masing.

Berlangsung di Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), emas pertama UPM muncul melalui acara Kumite Individu Perempuan kategori 68kilogram ke bawah yang dimenangi Shree Sharmini.

Emas kedua UPM muncul melalui acara Kumite Individu Lelaki kategori 84kilogram ke bawah dimiliki Teagarajan Kunasakaran dan kemenangan Devaraj Venikatesan dalam kategori 84kilogram melengkapkan kemenangan bergaya UPM.

“Saya telah menjalani latihan persediaan selama sebulan lebih bagi bertanding di SUKIPT 2016 dan akhirnya penat lelah saya berbaloi apabila berjaya memiliki pingat emas. Kemenangan ini sesuatu yang memeranjatkan memandangkan ini merupakan penyertaan pertama saya bagi SUKIPT dan misi saya tercapai jua”, ujar Devaraj 23, atlet dari UPM.

 



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1288/1351
03-9769 4279
SXEaPA2~